| 
|
|
17-June-2002
- Berita Harian |
|
Tableview
Perkenal Iklan Atas Meja Makan

Click to enlarge
Press Release |
TABLEVIEW (M) Sdn Bhd (Tableview), syarikat
pengiklanan tempatan, memperkenalkan konsep
dengan melekatkan iklan di atas meja di kedai
makan yang sering dikunjungi ramai.
Pengiklanan dikenali Table Talk itu akan terus
berkesan selagi pelanggan duduk untuk makan
dan minum di meja kedai makan kerana ia adalah
satu saluran promosi yang menarik perhatian.
Tableview memperoleh hak eksklusif untuk menjual
ruang iklan di atas meja di kebanyakan restoran
yang diusahakan warga India Muslim dan kedai
makan di negara ini.
Ketua Eksekutif Tableview, Kelvin Hong, berkata
Table Talk diilhamkan daripada pemahaman menyeluruh
mengenai gaya hidup pelanggan di Malaysia
|
Selain itu katanya, ia juga lahir hasil daripada
kajian mendalam terhadap budaya masyarakat setempat
yang sudah sebati dengan persekitaran “warung
mamak” dan topik perbualan semasa.
Beliau berkata, dengan membawa mesej pengiklanan
terus kepada sasaran atau pengguna di kedai makan
yang sering dikunjungi ramai, ia akan menjadikan
pengiklanan sebahagian perbualan mereka.
"Iklan ini mudah menarik dan menambat perhatian
ramai kerana ia menjadi sebutan ramai serta mendapat
kesedaran tinggi di kalangan pengguna," katanya
dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.
Beliau berkatanya, syarikat sudah mula mempromosikan
kaedah pengiklanan itu sejak pertengahan tahun lalu
dan setakat ini lebih 250 cawangan dengan 8,000
ruang iklan ditempatkan khusus di restoran, kedai
kopi dan kafeteria seluruh negara.
Beliau berkata, kira-kira 70 peratus cawangan ini
terletak di sekitar lembah Klang manakala selebihnya
di beberapa bandar utama seperti Pulau Pinang dan
Johor Bahru.
Hong berkata, syarikat turut menandatangani perjanjian
perkongsian pintar dengan Persatuan Pengusaha Restoran
Muslim Malaysia (Presma) bagi meluaskan pengiklanan
Table Talk.
"Ketika ini Presma mempunyai kira-kira 1,600 ahli
yang berdaftar di seluruh Semenanjung Malaysia dan
kerjasama ini dilihat memberi manfaat kepada ahli
persatuan ini".
"Warung mamak adalah sinonim dengan kehidupan rakyat
Malaysia, malah ia boleh dianggap sebagai budaya
rakyat negara ini dan iklan patut berada di meja
makan kedai berkenaan," katanya.
Beliau berkata, jenama terkenal seperti Panasonic,
Intel dan 20th Century Fox adalah antara pengiklan
terawal mengiklankan produk masing-masing menerusi
konsep itu.
Table Talk akan menjanjikan pengiklanan yang mudah
lagi kreatif kerana ia adalah satu media yang ideal
untuk memperkenalkan apa jua produk yang diinginkan
sama ada produk baru, perisa terkini hingga kepada
kempen pengiklanan tambahan untuk promosi.
|
| |
Back
to Happenings |
|